TAJUK : BERSUCI DARIPADA NAJIS
HARI : KHAMIS
TARIKH : 23 OKTOBER 2012
MASA : 9.00 PAGI - 10.00 PAGI
KELAS : TAHUN 4 ARIF
TOPIK : IBADAH
TAJUK : BERSUCI DARIPADA NAJIS
HASIL PEMBELAJARAN : DI AKHIR PENGAJARAN, PELAJAR DAPAT :
1)MENYATAKAN JENIS-JENIS NAJIS DENGAN BETUL (NAJIS MUGHALLAZAH, NAJIS MUKHAFFAFAH DAN NAJIS MUTAWASSITAH)
2) MENYENARAIKAN BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA NAJIS.
3) MENYATAKAN CARA YANG BETUL UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA SETIAP KATEGORI NAJIS YANG DIPELAJARI
PENGETAHUAN SEDIA ADA : PELAJAR TELAH DAPAT MEMBEZAKAN BENDA YANG BERSIH DAN KOTOR.
ALAT BANTU MENGAJAR : MS SLIDE SHOW, VIDEO, KAD GAMBAR, KAD PERKATAAN, MARKER, KERTAS MANILA
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
1) SET INDUKSI ( 5 minit)
- AKTIVITI GURU :
- Guru menerangkan aktiviti yang akan dilaksanakan
- ARAHAN : di dalam 3 kumpulan yang telah diaturkan, guru meminta pelajar untuk menyenaraikan 10 benda bersih dan kotor yang terdapat di sekeliling mereka. Kumpulan yang terpantas dikira sebagai pemenang. - Guru mengaitkannya dengan konsep "Mensucikan diri daripada najis"
- AKTIVITI PELAJAR
- di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang dan menyenaraikan 10 benda bersih dan kotor yang terdapat di sekeliling mereka.
2) LANGKAH PERTAMA (15 minit)
- AKTIVITI GURU
- guru memberi penerangan tentang najis dan kategori-kategorinya. ( najis mughallazah, najis mutawassitah dan najis mukhaffafah).
- guru meminta pelajar untuk menyebut kembali kategori-kategori najis beserta pengertiannya.
- guru memanggil pelajar secara rawak dan memintanya untuk memadankan gambar mengikut kategori najisnya dengan betul
- AKTIVITI PELAJAR
- pelajar diminta untuk mendengar dengan teliti tentang penerangan yang dibuat oleh guru.
- pelajar menyebut kembali kategori dan pengertian najis. ( latih tubi)
- pelajar memadankan gambar mengikut kategori najisnya dengan betul.
3) LANGKAH KEDUA (20 minit)
- AKTIVITI GURU
- guru meminta pelajar untuk menceritakan pengalaman mereka membersihkan pakaian yang terkena najis.
- guru menunjukkan video cara-cara yang betul bagi membersihkan diri daripada najis mengikut setiap kategori najis.
- Di dalam kumpulan, guru meminta pelajar untuk menyatakan bahan-bahan yang digunakan untuk proses membersihkan diri daripada najis.
- seterusnya, guru meminta setiap kumpulan untuk membuat perbandingan bagi ketiga-tiga kategori najis tersebut.
- AKTIVITI PELAJAR
- pelajar menceritakan pengalaman membersihkan pakaian mereka yang terkena najis.
- pelajar melihat dan mendengar video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.
- Di dalam kumpulan, pelajar menyenaraikan bahan yang digunakan ketika membersihkan diri daripada najis.
- Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka iaitu perbezaan bagi ketiga-tiga kategori najis di hadapan kelas.
4) LANGKAH KETIGA (15 minit)
- AKTIVITI GURU
- guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap pelajar
- guru membincangkan jawapan untuk setiap soalan di dalam lembaran kerja.
- AKTIVITI PELAJAR
- pelajar menjawab soalan berdasarkan konsep "Bersuci daripada najis" di dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
- Pelajar melibatkan diri di dalam perbincangan bersama dengan guru.
5) PENUTUP (5 minit)
- AKTIVITI GURU
- guru meminta pelajar menyebut kembali kategori-kategori najis yang telah dipelajari
- guru menasihati murid supaya sentiasa menjaga kebersihan.
- AKTIVITI PELAJAR
- menyebut kembali kategori-kategori najis yang telah dipelajari.
PS : diharapkan info ini dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahun 4 dalam subjek Pendidikan Islam. Insyaallah. =)
pendidikan sebegini baik dlm membine akhlak generasi muda mase kini
ReplyDeleteperkongsian yang baik.
ReplyDeleteterima kasih untuk maklumat2 yang di kongsi.
semoga dirahmati Allah hendaknya.
amin
Delete