BERSUCI DARIPADA NAJIS
BERSUCI bermaksud membersihkan diri dari kekotoran. Adapun pada syarak ialah menghilangkan atau mengangkat segala perkara yang menghalang daripada sahnya sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain sama ada hadas atau najis.
NAJIS pula bermaksud segala kekotoran yang menghalang daripada sahnya ibadat seperti sembahyang. Najis terbahagi kepada dua iaitu Najis Ainiyah (yang dapat dilihat dengan mata) dan Najis Hukmiyah (najis pada hukumnya).
Bersuci adalah bagian terpenting dari kehidupan seorang muslim. Bersuci berkaitan erat dalam hal sah atau tidaknya ibadah yang kita lakukan. Ini dapat dibuktikan melalui :
-Dari Abi Malik Al Harits Bin ‘Ashim Al Asy’ary (r.a) katanya, Rasulullah S.A.W bersabda :
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
...Kesucian itu sebahagian daripada iman. ( Hadis Riwayat Muslim).
-Malah secara hukumnya berdasarkan Al Qur’an dan hadits bersuci adalah wajib seperti mana yang disyariatkan oleh Allah S.A.W di dalam firmanNya :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. (QS. Al-Baqarah : 222)
[Sumber: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq]
BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS
-Najis terbahagi kepada TIGA bahagian :
a) NAJIS MUGHALLAZAH (najis berat)
maksudnya :
najis yang tidak dimaafkan iaitu najis anjing dan babi serta anak yang terjadi dari percampuran kedua binatang itu dengan binatang lain. Maka segala binatang ini sama ada dagingnya, air liurnya, bulunya, lemaknya, tulangnya, peluhnya, kotorannya dan lain-lain mengenainya adalah najis Mughallazah.
anjing |
khinzir |
barangan dan makanan yang diperbuat daripada khinzir |
b) NAJIS MUTAWASITTAH (najis sederhana)
maksudnya :
najis selain daripada Najis Mughallazah dan Najis Mukhaffafah iaitu :
i) segala yang keluar dari qubul dan dubur manusia atau haiwan seperti mazi, wadi, kencing, najis manusia dan haiwan melainkan air mani manusia.
darahnya.
iii) Arak dan segala jenis yang memabukkan.
iv) Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.
darah |
tahi |
maksudnya :
najis yang ringan iaitu air kencing bayi lelaki yang belum berusia dua tahun dan belum memakan apa-apa selain daripada susu ibunya semata-mata.
air kencing bayi lelaki sebelum berumur 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja. |
ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI
Sekiranya kita terkena najis atau sedang berhadas, terdapat pelbagai alat dan bahan yang boleh kita gunakan untuk menyucikan diri. Alat atau bahan yang harus kita bersuci dengannya sama ada untuk mengangkat hadas atau pun menghilangkan najis dan sebagainya adalah seperti berikut:
a) AIR MUTLAK
-Air mutlak adalah sebutan bagi air yang suci dan mensucikan.Disebut suci kerana air tersebut adalah suci secara zat dan tidak tercampur dengan najis. Disebut mensucikan kerana air tersebut digunakan bagi menghilangkan hadas kecil mahupun besar.
- Air mutlak terbahagi kepada 7 jenis iaitu :
1)air telaga |
2)air hujan |
3) air laut |
7) air mata air |
b) SELAIN DARIPADA AIR MUTLAK
kayu |
kertas |
tisu |
batu |
a) CARA MENYUCIKAN NAJIS MUGHALLAZAH
~> Caranya hendaklah dibuangkan benda najis itu dahulu kemudian dibasuhkan tempat yang kena najis itu dengan air sebanyak TUJUH KALI dan satu daripadanya air yang bercampur dengan TANAH. Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.
b) CARA MENYUCIKAN NAJIS MUTAWASSITAH
~> Cara menyucikannya hendaklah menghilangkan benda najis itu terlebih dahulu barulah dibasuh tempat yang kena najis itu dengan air sehingga HILANG BAU, RASA dan WARNA najis tersebut. Tidak mengapa jika sudah dibasuh tetapi masih tinggal lagi warna najis itu ATAU bau najis yang sukar dihilangkan, tetapi belum sempurna sucinya jika masih lagi tinggal kedua warna dan bau najis itu (kena hilangkan salah satu).
c) CARA MENYUCIKAN NAJIS MUKHAFFAFAH
~> Caranya hendaklah dikesat najis itu dahulu kemudian dipercikkan sahaja air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.
Ketiga-tiga bahagian najis tersebut merangkumi Najis Hukmi dan Najis Aini. Sekiranya kita terkena najis Hukmiyah, kita haruslah menyucikan tempat yang terkena najis dengan membasuhnya sehingga diyakini bersih. Manakala, sekiranya kita terkena najis Ainiyah, kita hendaklah membasuh tempat yang terkena najis sehingga hilang zatnya. Namun begitu, sekiranya masih terdapat kesan, ianya dimaafkan.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kebersihan dan sentiasa menyucikan diri agar perlaksanaan ibadah yang kita lakukan diterima Allah S.W.T. Ini kerana bersuci merupakan perkara yang mustahak yang harus diketahui oleh setiap individu muslim kerana ianya merupakan kewajipan seseorang terhadap dirinya sendiri dan terhadap Allah S.W.T sepertimana firmanNya yang bermaksud "
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri". (Al Baqarah - 222).
Semoga konsep bersuci daripada najis dalam bahagian Ibadah Tahun 4 ini memberi serba sedikit pengetahuan kepada para pelajar disamping dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam dengan mudah. Saya juga berharap, mudah-mudahan segala input yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang melawat dan mengikuti blog saya ini. Insyaallah.=)
Semoga konsep bersuci daripada najis dalam bahagian Ibadah Tahun 4 ini memberi serba sedikit pengetahuan kepada para pelajar disamping dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam dengan mudah. Saya juga berharap, mudah-mudahan segala input yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang melawat dan mengikuti blog saya ini. Insyaallah.=)
salam.
ReplyDeleteblog yang sangat berguna dan memberi banyak input yang berkualiti.
animasi-animasi yang amat menarik dan mamampu menjadikan sesi pembacaan lebih menyeronokkan.
keep it up, ustazah.
terima kasih :)