Thursday, 18 October 2012

Wednesday, 17 October 2012

RANCANGAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

RPH PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4TOPIK : IBADAH
TAJUK : BERSUCI DARIPADA NAJIS


HARI : KHAMIS
TARIKH : 23 OKTOBER 2012
MASA : 9.00 PAGI - 10.00 PAGI
KELAS : TAHUN 4 ARIF
TOPIK : IBADAH
TAJUK : BERSUCI DARIPADA NAJIS
HASIL PEMBELAJARAN : DI AKHIR PENGAJARAN, PELAJAR DAPAT :

1)MENYATAKAN JENIS-JENIS NAJIS DENGAN BETUL (NAJIS MUGHALLAZAH, NAJIS MUKHAFFAFAH DAN NAJIS MUTAWASSITAH)

2) MENYENARAIKAN BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA NAJIS.


3) MENYATAKAN CARA YANG BETUL UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA SETIAP KATEGORI NAJIS YANG DIPELAJARI


PENGETAHUAN SEDIA ADA : PELAJAR TELAH DAPAT MEMBEZAKAN BENDA YANG BERSIH DAN KOTOR.

ALAT BANTU MENGAJAR : MS SLIDE SHOW, VIDEO, KAD GAMBAR, KAD PERKATAAN, MARKER, KERTAS MANILA


LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

1) SET INDUKSI ( 5 minit)


  • AKTIVITI GURU : 
  1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilaksanakan 
    - ARAHAN : di dalam 3 kumpulan yang telah diaturkan, guru meminta pelajar untuk menyenaraikan 10 benda bersih dan kotor yang terdapat di sekeliling mereka. Kumpulan yang terpantas dikira sebagai pemenang.
  2. Guru mengaitkannya dengan konsep "Mensucikan diri daripada najis"
  • AKTIVITI PELAJAR
  1. di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang dan menyenaraikan 10 benda bersih dan kotor yang terdapat di sekeliling mereka.

2) LANGKAH PERTAMA (15 minit)

  • AKTIVITI GURU 
  1. guru memberi penerangan tentang najis dan kategori-kategorinya. ( najis mughallazah, najis mutawassitah dan najis mukhaffafah).
  2. guru meminta pelajar untuk menyebut kembali kategori-kategori najis beserta pengertiannya.
  3. guru memanggil pelajar secara rawak dan memintanya untuk memadankan gambar mengikut kategori najisnya dengan betul
  • AKTIVITI PELAJAR
  1. pelajar diminta untuk mendengar dengan teliti tentang penerangan yang dibuat oleh guru.
  2. pelajar menyebut kembali kategori dan pengertian najis. ( latih tubi)
  3. pelajar memadankan gambar mengikut kategori najisnya dengan betul.

3) LANGKAH KEDUA (20 minit)

  • AKTIVITI GURU
  1. guru meminta pelajar untuk menceritakan pengalaman mereka membersihkan pakaian yang terkena najis.
  2. guru menunjukkan video cara-cara yang betul bagi membersihkan diri daripada najis mengikut setiap kategori najis. 
  3. Di dalam kumpulan, guru meminta pelajar untuk menyatakan bahan-bahan yang digunakan untuk proses membersihkan diri daripada najis.
  4. seterusnya, guru meminta setiap kumpulan untuk membuat perbandingan bagi ketiga-tiga kategori najis tersebut.
  • AKTIVITI PELAJAR
  1. pelajar menceritakan pengalaman membersihkan pakaian mereka yang terkena najis.
  2. pelajar melihat dan mendengar video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.
  3. Di dalam kumpulan, pelajar menyenaraikan bahan yang digunakan ketika membersihkan diri daripada najis.
  4. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka iaitu perbezaan bagi ketiga-tiga kategori najis di hadapan kelas.
4) LANGKAH KETIGA (15 minit)

  • AKTIVITI GURU
  1. guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap pelajar
  2. guru membincangkan jawapan untuk setiap soalan di dalam lembaran kerja.
  • AKTIVITI PELAJAR
  1. pelajar menjawab soalan berdasarkan konsep "Bersuci daripada najis" di dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
  2. Pelajar melibatkan diri di dalam perbincangan bersama dengan guru.

5) PENUTUP (5 minit)

  • AKTIVITI GURU 
  1. guru meminta pelajar menyebut kembali kategori-kategori najis yang telah dipelajari
  2. guru menasihati murid supaya sentiasa menjaga kebersihan.
  • AKTIVITI PELAJAR
  1. menyebut kembali kategori-kategori najis yang telah dipelajari.




PS : diharapkan info ini dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahun 4 dalam subjek Pendidikan Islam. Insyaallah. =)





SOALAN DAN LATIHAN BERDASARKAN KONSEP BERSUCI DARIPADA NAJIS.

SOALAN DAN LATIHAN

Berdasarkan nota mengenai konsep "Mensucikan diri daripada najis", di sini saya sertakan juga soalan-soalan dan latihan/latihan yang boleh digunakan oleh para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam bagi pelajar Tahun 4 dalam tajuk Ibadah. 


-TANDAKAN  (P) PADA JAWAPAN YANG BETUL DAN TANDAKAN (û) PADA JAWAPAN YANG SALAH.


1. Najis merupakan segala kekotoran yang menghalang daripada sahnya ibadat seperti  sembahyang. Najis terbahagi kepada tiga iaitu Najis Mughallazah, Najis Mutawassitah dan Najis Mukhalifah.   (           )

2. Bahagian-bahagian khinzir dan anjing sama ada dagingnya, air liurnya, bulunya, lemaknya, tulangnya, peluhnya, kotorannya dan lain-lain mengenainya adalah terdiri daripada najis Mutawassitah.  (         )

3. Pengertian bersuci adalah membersihkan diri dari kekotoran. Dari segi syarak pula ianya bermaksud menghilangkan atau mengangkat segala perkara yang menghalang daripada sahnya sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain sama ada hadas atau najis. (          )

4.Najis Mukhaffafah ialah  air kencing bayi lelaki yang belum berusia dua tahun dan belum memakan apa-apa selain daripada susu ibunya semata-mata. (          )

5. Air mutlak ialah air yang dapat digunakan untuk menyucikan diri daripada najis.   (          )

6. Sekiranya ketiadaan air, kita boleh juga menggunakan bahan lain untuk mensucikan diri daripada najis. Contoh bahan yang boleh menggantikan air mutlak ialah besi.(           )

7. Ali menggunakan air sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya adalah air yang bercampur dengan tanah bagi membasuh bajunya yang terkena anjing. (           )

8.Cara untuk menyucikannya najis mutawassitah adalah dengan menghilangkan najis itu terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dibasuh tempat yang kena najis itu dengan air sehingga hilang bau, rasa dan warna najis tersebut.   (            )

9. Cara untuk menghilangkan najis Mukhaffafah adalah dengan mengesat najis itu dahulu kemudian basuh dengan menggunakan sabun basuh sebelum dijirus air.    (          )

10. Kita haruslah menjaga kebersihan kerana menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada iman.   (            )




- ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG BETUL.

1. Pengertian bersuci ialah membersihkan diri daripada segala _____________________.

2.Najis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu najis _______________, najis ______________, dan najis __________________. 

3. Anjing dan khinzir serta segala keturunannya dianggap sebagai najis _________________.

4. Cara untuk mensucikan diri daripada najis Mughallazah adalah dengan membasuh tempat yang terkena najis dengan air sebanyak 7 kali dan satu daripadanya adalah air yang bercampur dengan __________________. 

5.Cara untuk menghilangkan najis Mutawassitah adalah dengan membasuh tempat yang terkena najis dengan air sehingga hilang _____________, ___________, dan ___________.

6.Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan. Antara kategori air mutlak ialah ________________, ________________, dan __________________.

7.selain menggunakan air mutlak, terdapat bahan lain yang boleh digunakan dalam proses menyucikan diri daripada najis seperti ______________, _______________, dan _______________. 

8.Najis terbahagi kepada dua iaitu najis ____________ (dapat dilihat dengan mata) dan najis _____________ ( najis pada hukumnya).

9. Najis Mukhaffafah ialah najis selain daripada najis Mutawassitah dan najis Mughallazah. Contoh najis Mukhaffafah ialah _____________, ______________, dan _______________.

10. Najis Mukhaffafah ialah air kencing bayi lelaki yang belum berusia ____________ dan belum memakan apa-apa selain daripada susu ibunya semata-mata.








BERSUCI DARIPADA NAJIS

BERSUCI DARIPADA NAJIS

BERSUCI bermaksud membersihkan diri dari kekotoran. Adapun pada syarak ialah menghilangkan atau mengangkat segala perkara yang menghalang daripada sahnya sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain sama ada hadas atau najis.

NAJIS pula bermaksud segala kekotoran yang menghalang daripada sahnya ibadat seperti sembahyang. Najis terbahagi kepada dua iaitu Najis Ainiyah (yang dapat dilihat dengan mata) dan Najis Hukmiyah (najis pada hukumnya).

Bersuci adalah bagian terpenting dari kehidupan seorang muslim. Bersuci berkaitan erat dalam hal sah atau tidaknya ibadah yang kita lakukan. Ini dapat dibuktikan melalui : 

-Dari Abi Malik Al Harits Bin ‘Ashim Al Asy’ary (r.a) katanya, Rasulullah S.A.W bersabda :

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

...Kesucian itu sebahagian daripada iman. ( Hadis Riwayat Muslim).

-Malah secara hukumnya berdasarkan Al Qur’an dan hadits bersuci adalah wajib seperti mana yang disyariatkan oleh Allah S.A.W di dalam firmanNya :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. (QS. Al-Baqarah : 222)
[Sumber: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq]

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS

-Najis terbahagi kepada TIGA bahagian :


a) NAJIS MUGHALLAZAH (najis berat)
   
   maksudnya :

najis yang tidak dimaafkan iaitu najis anjing dan babi serta anak yang terjadi dari percampuran kedua binatang itu dengan binatang lain. Maka segala binatang ini sama ada dagingnya, air liurnya, bulunya, lemaknya, tulangnya, peluhnya, kotorannya dan lain-lain mengenainya adalah najis Mughallazah. 


anjing
khinzir


barangan dan makanan yang diperbuat daripada khinzir


b) NAJIS MUTAWASITTAH (najis sederhana)

maksudnya :  

 najis selain daripada Najis Mughallazah dan Najis Mukhaffafah iaitu :


i) segala yang keluar dari qubul dan dubur manusia atau haiwan seperti mazi, wadi, kencing, najis manusia dan haiwan melainkan air mani manusia.

ii) Darah selain dari hati dan limpa, nanah, muntah, bangkai binatang yang mengalir
    darahnya.


iii) Arak dan segala jenis yang memabukkan.

iv) Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.


darah
tahi
arak atau minuman yang memabukkan

b) NAJIS MUKHAFFAFAH (najis ringan)
  
   maksudnya :

najis yang ringan iaitu air kencing bayi lelaki yang belum berusia dua tahun dan belum memakan apa-apa selain daripada susu ibunya semata-mata.


air kencing bayi lelaki sebelum berumur 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.


ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI
Sekiranya kita terkena najis atau sedang berhadas, terdapat pelbagai alat dan bahan yang boleh kita gunakan untuk menyucikan diri. Alat atau bahan yang harus kita bersuci dengannya sama ada untuk mengangkat hadas atau pun menghilangkan najis dan sebagainya adalah seperti berikut:

a) AIR MUTLAK
-Air mutlak adalah sebutan bagi air yang suci dan mensucikan.Disebut suci kerana  air tersebut adalah suci secara zat dan tidak tercampur dengan najis. Disebut mensucikan kerana air tersebut  digunakan bagi menghilangkan hadas kecil mahupun besar.

- Air mutlak terbahagi kepada 7 jenis iaitu :
1)air telaga
2)air hujan
3) air laut


5) air embun


4) air sungai
6) air salji
7) air mata air





























b) SELAIN DARIPADA AIR MUTLAK
kayu

kertas
tisu
batu


CARA-CARA UNTUK BERSUCI

a) CARA MENYUCIKAN NAJIS MUGHALLAZAH

~> Caranya hendaklah dibuangkan benda najis itu dahulu kemudian dibasuhkan tempat yang kena najis itu dengan air sebanyak TUJUH KALI  dan satu daripadanya air yang bercampur dengan TANAH. Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.


                                       


b) CARA MENYUCIKAN NAJIS MUTAWASSITAH

~> Cara menyucikannya hendaklah menghilangkan benda najis itu terlebih dahulu barulah dibasuh tempat yang kena najis itu dengan air sehingga HILANG BAU, RASA dan WARNA najis tersebut. Tidak mengapa jika sudah dibasuh tetapi masih tinggal lagi warna najis itu ATAU bau najis yang sukar dihilangkan, tetapi belum sempurna sucinya jika masih lagi tinggal kedua warna dan bau najis itu (kena hilangkan salah satu).




c) CARA MENYUCIKAN NAJIS MUKHAFFAFAH 


~> Caranya hendaklah dikesat najis itu dahulu kemudian dipercikkan sahaja air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.




Ketiga-tiga bahagian najis tersebut merangkumi Najis Hukmi dan Najis Aini. Sekiranya kita terkena najis Hukmiyah, kita haruslah menyucikan tempat yang terkena najis dengan membasuhnya sehingga diyakini bersih. Manakala, sekiranya kita terkena najis Ainiyah, kita hendaklah membasuh tempat yang terkena najis sehingga hilang zatnya. Namun begitu, sekiranya masih terdapat kesan, ianya dimaafkan.


Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kebersihan dan sentiasa menyucikan diri agar perlaksanaan ibadah yang kita lakukan diterima Allah S.W.T. Ini kerana bersuci merupakan perkara yang mustahak yang harus diketahui oleh setiap individu muslim kerana ianya  merupakan kewajipan seseorang terhadap dirinya sendiri dan terhadap Allah S.W.T sepertimana firmanNya yang bermaksud "

 "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri". (Al Baqarah - 222).

Semoga  konsep bersuci daripada najis dalam bahagian Ibadah Tahun 4 ini memberi serba sedikit pengetahuan kepada para pelajar disamping dapat membantu guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam dengan mudah. Saya juga berharap, mudah-mudahan segala input yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang melawat dan mengikuti blog saya ini. Insyaallah.=)