Monday 10 December 2012

ADAB MENGURUS DIRI

ASSALAMMUALAIKUM semua.. =)

Insyaallah, pada entri kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai satu topik yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita iaitu menjaga ADAB MENGURUS DIRI .

Adab Mengurus Diri terbahagi kepada empat aspek  iaitu kesihatan, kebersihan, pengurusan masa  dan tatarias. 

ASPEK KESIHATAN:

1) memilih makanan yang baik dan sihat.

2) prihatin terhadap tahap keselamatan diri


3)segera mendapatkan rawatan apabila sakit

4) menjauhi makanan dan minuman yang diharamkan
 

5) makan makanan yang seimbang


6) Beriadah


ASPEK KEBERSIHAN:

1) Memelihara diri daripada kekotoran


2) sentiasa berwuduk


3) Membersihkan diri seperti mandi, membasuh tangan dan kaki

4)memakai pakaian yang bersih dan kemas.



ASPEK PENGURUSAN MASA:

1)menepati masa

2)tidak menangguhkan kerja
3)memenuhi masa dengan perkara yang berfaedah.


4)menyusun kerja secara berjadual


ASPEK TATARIAS 

1)memakai pakaian yang sesuai


2)menjaga badan dari bau yang tidak menyenangkan.

3)
memastikan kekemasan diri terpelihara dan bersih sepanjang hari

4) berdoa ketika melihat diri di cermin

Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat membantu para pembaca terutamanya para pendidik dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid.. Insyaallah.. =)

1 comment:

  1. Pengisian ilmu yang bermanfaat. Maklumat yang dipaparkan dapat memberi peringatan kepada semua pengunjung blog tentang adab menguruskan diri dengan baik. Teruskan dengan menambah info-info yang lebih menarik.

    ReplyDelete