Thursday 1 November 2012

KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kita dengan nikmat-Nya setiap hari. Dengan nikmat-Nya juga pada hari ini kita dapat melaksanakan pelbagai tugasan serta tanggungjawab yang telah diamanahkan Nya kepada kita. Syukur.

Insyaallah, pada entri kali ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai satu topik yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita iaitu menjaga KEBERSIHAN. 

Seperti yang kita tahu, Islam menyeru kepada semua umat Islam untuk membersihkan diri. Kesucian ada dua jenis, iaitu fizikal dan rohani. Islam sangat menegaskan umat Islam betapa pentingnya menjaga kebersihan diri kerana ia telah ditekankan dalam al-Quran serta Hadis.

Firman Allah bermaksud:
“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
 Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).
Maka dengan itu, jelaslah bahawa kebersihan adalah sangat dituntut dalam Islam. Ini kerana kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman kepada Allah ialah menjaga kebersihan, sama ada kebersihan terhadap dirinya sendiri mahupun perkara yang berhubungan dengan dirinya seperti bilik, halaman rumah, pakaian, makanan dan juga tempat belajar. Namun begitu, adakah kita tahu bagaimanakah cara yang betul dalam menjaga kebersihan diri? 

Sekiranya anda masih lagi tidak mempunyai kefahaman yang jelas dalam cara menjaga kebersihan diri, di sini ingin saya berkongsi serba sedikit tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dan juga kebersihan tempat tnggal kita agar sentiasa terhindar daripada segala kekotoran termasuklah najis yang boleh membatalkan sahnya sesuatu ibadah kita kepada Allah S.W.T.

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

Secara umumnya,menjaga kebersihan diri secara fizikal adalah dengan memastikan bahawa setiap anggota badan kita berada dalam keadaan baik, terurus, kemas dan bersih. Selain itu, kebersihan dalam berpakaian juga termasuk dalam menjaga kebersihan diri. Oleh itu : 

1) Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki 

-Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan) dan bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.

-Potong kuku paling kurang 1 kali seminggu.




2) Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut

- Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.

- Elakkan makan makanan minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

- Elakkan makan makanan yang boleh merosakkan gigi seperti makanan-makanan manis dan berkarbonat

- Berjumpa doktor gigi secara rutin.




)    3) Cara menjaga kebersihan badan 

- Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari dengan menggnakan sabun dan air bersih.

- Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.




4) Cara menjaga kebersihan rambut dan kepala

Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)

      - Potong dan sisir rambut agar terlihat rapi.

-Elakkan rambut daripada terkena jangkita kutu dan kelemumur


Dalam Islam telah disyariatkan perintah menjaga kebersihan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan rohani dan jasmani yang membawa maksud kepada umat Islam sentiasa bersih, harum, wangi, kemas dan ceria dalam kehidupan sehari-harian.

Sebahagian daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:



"Mandi itu adalah sebahagian wajib ke atas setiap orang Islam yang mana pada setiap tujuh ahri satu har daripadanya wajib membasuh kepala dan jasmaninya".

Sabdanya lagi yang bermaksud:


 'Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”. (HR At- Thabrani)


5) Cara menjaga kebersihan pakaian

- Elakkan memakai pakaian yang telah dipakai

- Basuh pakaian yang telah dipakai bagi mngelakkan daripada berbau dan dijangkiti kuman.


- Pastikan alatan keperluan yang dipakai dalam keadaan bersi sebelum dipakai




CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN TEMPAT TINGGAL



1)pastikan rumah sentiasa bersih daripada masalah sampah sarap yang boleh menjadi tempat pembiakkan kuman.Bagi menjamin kebersihan persekitaran pembuangan sampah khas hendaklah disediakan oleh setiap rumah.
2) Keadaan sekeliling rumah juga perlulah bersih untuk memastikan agen pembawa penyakit seperti lalat, lipas dan nyamuk tidak membiak.


3)Keadaan longkang dan parit yang tidak dipelihara dengan baik sudah tentu akan menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar. Oleh itu sentiasalah kita membersihkan tempat-tempat takungan air dan elakkan membuang sisa buangan ke dalam longkang atau parit. 

4) Untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, cantik dan harmoni  bolehlah halaman rumah atau persekitaran kita dihiasi dengan lanskap atau tanaman bunga-bungaan yang cantik dan menghijau.


KEPENTINGAN MENJAGA  KEBERSIHAN 
  • Untuk mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan kuman
  • mewujudkan suasana yang indah dan menenagkan
  • menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat


Maka dengan itu sentiasalah kita menjaga kebersihan..=). Pastikan diri anda terhindar dari segala kekotoran dan sentiasa bersih setiap masa kerana tubuh badan dan tempat yang bersih bukan sahaja menjamin diri daripada penyakit tetapi ianya memastikan ibadah kita sentiasa diterima Allah S.W.T malah Allah S.W.T akan bertambah sayang akan diri kita ini...=). SELAMAT BERAMAL..=)


2 comments:

  1. assalammualaikum...terma kasih kerana info yang berguna ini..banyak membantu saya dalam sesi pengajaran saya..=)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah , tips menarik nanti boleh amalkan. nak jaga kebersihan , air paip juga amat penting kan. sekarang ni air paip ada sesetengah nye kotor , jom baca selanjunya di http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/07/penapis-air-shaklee-termurah-selamat.html

    ReplyDelete